====Barisan Pegawai PKRJK=====

====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com

Pendaftaran ahli baru sila muat turun Borang Permohonan Ahli mohon berhubung terus dengan
YM Tengku Abd Aziz Tengku Yussof (012-9517628) - PSU Pendaftaran Ahli

Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri

Kepada semua ahli kerabat. bolehlah mengisi borang keahlian koperasi Sri Jembal Berhad mulai sekarang.. emel ke koopsrijembal@gmail.com


Wednesday, November 30, 2011

Perhimpunan Agong PKRJK 2011

PKRJK telah mengadakan Perhimpunan Agong 2011 pada 26-27 November 2011 bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah.

Acara dwi tahunan ini, telah mendapat sambutan baik dari semua ahli kerabat, dengan kehadiran melebihi 300 orang ahli keluarga. Diantara acara yang diaturkan ialah majlis ramah mesra, persembahan kerabat dengan kehadiran Istimewa YM Nik Sayyidah (Mek Salam Pantai timur) yang merupakan juga ahli kerabat PKRJK, acara sukaneka turut diadakan dan
majlis perasmian penutup telah di sempurnakan oleh Ahli Kerabat Diraja Kedah.


Tahniah kepada JK Perhubungan Negeri kedah diatas penganjuran yang cukup teratur dan meriah.


Tuesday, November 22, 2011

Majlis Penyampaian Watikah PKRJK 2011




PKRJK telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pegawai dan AJK untuk sesi 2011-2012, majlis penuh istiadat tersebut telah diadakan di Kediaman Menteri Besar, JKR10 dan telah disempurnakan oleh YBM Nik Mohd Amar, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.


Monday, September 12, 2011

Perhimpunan Agung ke 111 PKRJK

Perhimpunan Agung ke 111 PKRJK akan diadakan

Pada : 26 - 27 November 2011

Tempat : Pendang Lakes resort.


Sesiapa Ahli PKRJK yang ingin menyertainya sila SMS Nama. No Ahli, No Kereta, No Handset,

berapa orang dalam sebuah kereta serta penginapan diperlukan. Jangkaan 30 buah kereta

sekarang baru ada 10 buah.


Sila beri maklumat tadi kepada NYDP 013-9087007 atau SUA 019-9391266..Segera...segera....

Saturday, June 11, 2011

Ahli PKRJK menyertai Walkathon Diraja 2011


Kota Bharu 4 Jun 2011- Lebih 100 orang ahli PKRJK telah menyertai Program Walkathon Diraja yang julung-julung kali dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat diraja Kelantan Al Muhammadi. Program yang berjaya
mengumpulkan lebih 21,000 rakyat kelantan dan telah mencatat 'Malaysian Book of record'.

Saturday, March 26, 2011

Penubuhan Koperasi Sri Jembal Kelantan Bhd.

Untuk makluman para ahli dan kerabat-kerabat sekalian, PKRJK telah mengorak langkah positif dalam meningkatkan akitiviti ekonomi Pertubuhan dengan menubuhkan koperasi Sri Jembal Kelantan Berhad.

Satu Mesyuarat Agung Penajaan telah pun di adakan pada 26 mac 2011, dan Ahli Lembaga koperasi yang dipilih sedang dalam proses melengkapkan dokumen Pendaftaran untuk diserahkan kepada suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sehubungan dengan itu semua ahli dan kaum kerabat digalakkan untuk menyertai dan menjadi ahli koperasi Sri Jembal Kelantan Bhd.

Bayaran Masuk = RM 10.00
Saham Permulaaan Minima = RM 200.00

Borang pendaftaran akan dimuatnaik apabila urusan pendaftaran telah diselesaikan dalam masa terdekat ini...

Mohon sokongan dan penyertaan dari semua ahli dan Kerabat ke arah PKRJK yang lebih maju dan cemerlang.




Thursday, January 27, 2011

Perubahan Kadar Yuran Ahli mulai 2011

Untuk makluman kepada semua ahli PKRJK , Mesyuarat Agung kali ke 13, 2010 yang lalu telah menetapkan kadar yuran yang baru mulai 2011 sepertimana berikut:-

Yuran Tahunan = RM 10.00
Yuran Pendaftaran = RM 20.00
Yuran Ahli Seumur hidup = RM 250.00 (percuma 1 logo kereta)

Untuk permohonan ahli baru patik mohon muaturun borang permohonan yang baru :

sila klik untuk muat turun BORANG PERMOHONAN AHLI BARU

Friday, October 29, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa




Satu mesyuarat Jawatankuasa PKRJK sesi 2010-2012 telah diadakan di Bangunan Sapura, Kota Bharu pada 23 Oktober 2010 yang baru lalu. Seramai 17 orang ahli jawatankuasa telah hadir. Agenda utama mesyuarat pertama ini ialah pembentukan potfolio dan cadangan-cadangan ahli-ahli jawatankuasa portfolio tersebut. Pengerusi juga mengumumkan perlantikan Bendahari iaitu YM Tengku Azmi, Setiausaha YM Hj. Raja Yusuf dan Penolong Setiausaha (PSU) YM Tengku Aziz.


Wednesday, October 6, 2010

Mesyuarat Agung Bil 13 2010 Berjaya






Kehadiran ahli dan kerabat PKRJK pada mesyuarat Agung yang diadakan pada 2 oktober lalu, yang menunjukkan silaturrahim dikelangan ahli-ahli kerabat sentiasa terjalin erat. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YABM Dato Bentara Setia, Menteri Besar Kelantan.




PKRJK dan semua ahli-ahli kerabat menjunjung kasih menyatakan taat setia ke Bawah Duli Yang Maha Mulia AL -Sultan Muhammad Ke-V.




Monday, September 20, 2010

Persembahan Tahniah

Ke hadapan
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

TUANKU SULTAN MUHAMMAD KE V
D.K., S.P.M.K


Sempena Perlantikan dan Pemasyhuran Sebagai
Sultan Dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim
Serta Jajahan Takluknya



Yang Merafak Sembah dan Junjung Kasih

Semua AJK dan Ahli Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan