====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Thursday, February 11, 2010

PKRJK D'sinar Harian: Jangan salah guna lambang PKRJK


(Klik Pada Foto untuk besarkan)

KOTA BHARU :– :Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) memberi peringatan kepada individu berkenaan yang memiliki lambang/logo kerabat diraja supaya tidak menyalahgunakannya. :Setiausaha Agungnya, Tengku Mohamad Nor Hamzah berkata, peringatan berkenaan diberikan supaya semua pemilik yang berdaftar tidak menggunakan lambang yang diletakkan pada kenderaan mereka sebagai pelindung dalam melakukan sesuatu. :Menurutnya, amaran tegas berkenaan dinyatakan berikutan terdapat kejadian yang berlaku di Pahang baru-baru ini iaitu pihak polis menahan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kereta mempunyai lambang kerabat diraja. :“Kami ingin memberi amaran keras kepada ahli-ahli sah ini supaya tidak sekali-kali merasakan lambang ini dapat melindungi diri dan melepaskan setiap kesalahan yang individu lakukan. :“Sepatutnya mereka menjaga nama baik pertubuhan dan bagi saya setiap kesalahan yang dilakukan adalah atas kesilapan individu serta kita tidak akan bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian semalam. :Tengku Mohamad berkata, pemilikan logo berkenaan adalah dikawal sepenuhnya dan mempunyai nombor siri tertentu. :Menurutnya, bagi keahlian pertubuhan bagi keempat-empat negeri ialah melebihi 2,000 dan hanya 500 ahli sahaja yang memiliki lambang berkenaan. :PKRJK didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 11 Julai 1992.

Berita lanjut

1 comment:

PERTUBUHAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN said...

Kenapa tidak ada gambar Setiausaha Agung sebagaimana tersiar dalam Akhbar Sinar Harian 10 Feb 2010? Didapati juga tidak habis ayat tidak sepertimana yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian.