====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Monday, July 30, 2007

Sejarah Penubuhan PKRJK

PKRJK telah ditubuhkan mulai tahun 1991, oleh berberapa orang AJK Penaja, dan telah di daftarkan dengan rasminya sebagai suatu pertubuhan di bawah seksyen 7 akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah 1001/92 (Kelantan) pada 11 Julai 1992.

Ringkasan Perlembagaan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan

1.0 NAMA DAN ALAMAT PERTUBUHAN

1.1 : Pertubuhan ini dikenali dengan nama "Pertubuhan Kerabat Raja Jembal
Kelantan"
1.2: Alamat Pendaftaran

Lot N0 999 Kedai Lalat, 16150 Kota Baharu
Kelantan.

Alamat Surat Menyurat

Lot 1972, KM2, Jalan Sultan Omar, Kota Jembal
16150 Kota Bahru Kelantan
Tel/Fax : 07-7646107

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERTUBUHAN

2.1 Untuk mengadakan hubungan yang erat di kalangan anggota kerabat
2.2 Untuk merapatkan semula ikatan kekeluargaan antara kerabat dan
keluarga keturunan Raja-Raja Jembal yang datangnya dari keturunan Raja
Sakti, Raja Loyor, Raja Omar atau mana-mana Raja yang berkaitan dengan
Raja Jembal.
2.3 Menyemai dan menanam semangat jayadiri dan berdikari dengan tujuan
untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan ahli-ahli kerabat dan
keluarga.
2.4 Untuk menubuhkan satu badan kebajikan khusus bagi ahli-ahli kerabat dan
keluarga dengan tujuan membiayai kegiatan ekonomi terutama kepada
kerabat dan keluarga yang miskin serta memerlukan bantuan yang
sedemikian.
2.5 Untuk mewujudkan pakatan dan kerjasama dalam sebarang kegiatan yang
bermanfaat di kalangan ahli kerabat dan masyarakat.
2.6 Untuk mengadakan kajian dan penyelidikan untuk tujuan penulisan sejarah
berkenaan kegemilangan keraja jembal bagi tujuan persejarahan tanahair
secara amnya
2.7 Pertubuhan ini tidak akan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan
politik serta berpihak atau dipergunakan bagi tujuan-tujuan politik mana-
mana pihak pun.
2.8 Pertubuhan ini akan sentiasa berdiri teguh, taat setia menjunjung kasih di
bawah naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Darul
Naim.
2.9 Pertubuhan ini akan berdiri teguh di bawah naungan pemerintahan
kerajaan yang diberikan oleh rakyat mandat memerintah.

3.0 KEAHLIAN

3.1 Keahlian adalah terbuka kepada kerabat dan keluarga yang datangnya dari keturunan Raja-Raja Jembal yang berumbikan kepada Raja Sakti, Raja Loyor, Raja Omar dan Raja Kecil Sulong

3.2 Had Umur menjadi ahli ialah 18 tahun pada 1 januari tahun berkenanan

3.3 Pemohonan untuk menjadi ahli boleh dilakukan melalui Setiausaha Pertubuhan Kerabat Raja Jembal

4.0 BAYARAN MASUK DAN YURAN

4.1 Bayaran masuk kepada seseorang yang ingin menjadi ahlia pertubuhan ini ialah seperti berikut:

Bayaran Pendaftaran RM 10.00
Yuran Tahunan RM 5.00
Yuran Ahlli Seumur hidup RM 200.00



(Maklumat ini di petik dari buku Perlembagaan Pertubuhan dan ianya tertakluk kepada perlembagaan yang terkini)



7 comments:

NEK ALWI BIN NEK HARUN said...

Apabila dilihat kepada cerita-cerita dan cara-cara keahlian Raja Jembal Kelantan,nampaknya ada pelbagai pandangan dan pendapat mengenai Raja Jembal.Pentingnya apajua berkaitan dengan Raja Jembal sewajarnya mengikut kehendak dan catatan mengenai Raja Jembal 'tidak diceduk' daripada citarasa 'Raja Siam & Kroninya' yang telah merampas kedaulatan keturunan Raja Kharti yang telah memeluk Islam yang dikenali sebagai "Raja Jembal-Dailek Negara Jammu & Menora,Kelantan" &"Raja Jermal-Dailek Kota Raja Aceh.Indonesia.Dalam keturunan Raja Jembal itu tadi Siapakah Raja Kharti No.1,No.2,No.3,No.4.bagaimana pula Raja Jembal No.1,No.2.No.3 setelah memelok Islam.Bagaimana pula Raja Jermal Aceh yang bermastautin di Kg.Raja (sekarang dikenali Kg.Telaga Mas,Kedah),Balik Pulau,Pulau Pinang,Parit Ya'ani,Johor & Bandar Maharani,Muar Johor.Mereka ini adalah keturunan & titisan Ungku Indra Putera,Kerajaan Shakti,Kota Raja Aceh.Indonesia.Sulungnya Raja Jermal Aceh,No.2-Raja Jembal Jammu dan No.3-Raja Jembal Menora.Keturunan & titisan Raja Jermal Kg.Raja (Kg.Telaga Mas,Kedah) adalah juga daripada Keturunan Tunku Wok melalui Puteri Bongsu baginda dikenali sebagai Tunku Noor Nazirah Ibni Tunku Wok bersuamikan anak saudara drpd keturunan Ungku Indera Putera,Kota Raja,Aceh.Nampak gayanya Raja Jembal Menora tidak sewajarnya mencari-cari catatan keturunan dan titisan berdasarkan 'catatan raja siam & kroninya' kerana tidak seharusnya dilupai 1 putera & 1 puteri Tunku Wok bersama bonda mereka daripada kerabat raja siam telah bersama-sama memerah otak di bawah ketiak king mongkut & king cholalongkorn untuk mewayatkan bahawa Keturunan & Titisan Raja Jembal terutamanya Raja Jembal Jammu & Menora daripada keturunan mereka,pihak 'Raja Siam' lupa yang Raja Jembal masih ada keturunan & titisan yang tidak 100% dicemari berada di Kota Raja,Aceh.Indonesia.Bukahkah keturunan & titisan putera sulung Tunku Wok berada diMindanao,Filipina.Setiap sesuatu keturunan & titisan itu dimanajua bertapak sudah tentu ada catatan sejarahnya,samada dicatat oleh keturuan itu sendiri atau pihak raja pemerintah diwaktu itu.Keturunan Raja Jembal atau Raja Jermal atas apajua panggilan,keturunan ini adalah berasal daripada Kerajaan Shakti berajakan (status) Raja Kharti daripada Utara Negara India.Catatan dalam buku-buku kulit tebal pihak raja pemerintah negeri Kedah yang dikatakan keturunan & titisan Raja Jembal (Raja Jermal)itu hanyasanya berada di Kg Raja (sekarang Kg.Telaga Mas),Kedah dan Balik Pulau,Pulau Pinang sahaja.Depapun berkata secara sinis kat pihak kami "Usahlah mengaku diri sesiapa sebagai Raja Jermal atau Raja Jermal) kerana ,kami tahu siapa mereka itu".Cukup satakat ini.

tudongpriok said...

salam...
melihat pada komen saudara Nek Alwi..saya agak tertarik dan berminat dengan info yang ditulis..agak baru bagi saya.. bolehlah berhubung dengan saya untuk tukar2 pendapat...kualadua@gmail.com

Unknown said...

Salam;

Boleh sape2 perbetulkan setengah artikal yg sy temui mengatakan keturunan Raja Jembal adalah susur jalur dari Raja Bersiong Kedah?Mcamane pulak keturunannya menjadi dominan dgn Institusi Beraja kerajaan Kelantan dan pemahaman sy keturunan Raja Patani yg benar2 dominan?Sekian...wassalam/wroslan


Unknown said...

Tak faham patik yang dhaif ini membaca tulisan Nek Alwi b. Nek Harun ...

ada persamaan tak RAJA JERMAL dan RAJA JEMBAL ...

WRoslan WMohd,
Raja Jembal keturunan Raja Bersiong tu versi orang tua yang suka cerita wayang kulit kot

Unknown said...

assalamualaikum wbt..

patik mohammad suhairy bin hussain

nama bonda bashah bte saad,arwah tok saya hajah nah

.berasal dari kedah darulaman.ingin bertanya dan penjelasan dari tuanku yg arif berkenaan keturunan kesultanan kelantan dan jugak patani.

sudah lama berlegar di fikiran patik sejak dari kecil lg hinggalah sekarang dimana sebelum arwah atuk patik (bonda kepada mak saya) telah berpesan ketika diatas ribaan saya supaya mencari waris ataupun keturunan kerabat diraja kesultanan patani dan waris kerabat kelantan disana.pada masa itu patik masih lg muda dan tidak berapa nak endah sangat dalam pesanan arwah atuk patik..dan dia jugak suruh cari makam diraja dimana patik pun tak pasti..mak patik jugak ada menceritakan serba sedikit tentang keturunan,dan bonda patik memberitahu ada silsilah keturunan wali ataupun sheikh(yg saya baca tentang sejarah dari kesultanan raja jembal@raja sakti,wallahua'lam..


patik sekarang berada di pulau pinang.dimana patik ada seorang sahabat berasal dari kelantan berketurunan diraja nama belakangnya adalah wan.sebelum patik mengenali beliau apabila pertama kali berjumpa dan bersalaman dengannya harus segala bulu roma patik dari tangan kanan patik sehingga kepala akan naik mengembang.dan setiap kali berjumpa dengan yg sama keturunan jugak akan naik bulu roma patik dan jugak jika bercerita tentang kesultanan terutama dari raja jembal atau kesultanan patani..sahabat patik bernama wan dan yg lain2nya yg satu keturunan jugak akan mempunyai satu perasaan yg sama.

sahabat2 patik jugak menyatakan bahawa patik adlah salah seorang keturunan dari kesultanan raja sakti@jembal mengikut pesanan arwah atuk patik.

patik mohon sedikit pencerahan dari tuanku tentang silsilah dan keturunan,dan jugak bagaimana ingin saya mendaftar jika saya berada di utara(kedah,penang).

terima kasih patik ucapkan,dan salam sayang dari saya kepada kerabat2 yang lain...

Unknown said...

assalammualaikum.saya ingin brtanya, adakah keturunan saya keturunan kerabat di raja jembal?kerana daripada syarat pantang larang keluarga saya memberitahu kami dilarang untuk makan ikan sekacang, rebung buluh betung, serta bayam berduri. arwahyarham nenda saya bernama wan mahmud wan daud tinggal di patani. namun kami dikhabarkan bahawa kami berasal dari kelantan-terengganu. dan kami sekeluarga sememangnya sekarang tinggal di malaysia. boleh saya tahu kesahihan asal keturunan saya? jika benar keturunan saya terbabit dengan jurai keturunan kerabat di raja jembal dan yang berkaitan, maka izinkan saya untuk menyertai jaringan keturunan kerabat di raja jembal sebagi tanda ukhwah dan silaturrahim persaudaraan.

Unknown said...

sebarang jawapan boleh YM emel kepada saya di haaron945@gmail.com